Thursday 26 April 2012

AGONI DAN KITA YANG TERSILAU

Assalamualaikum

Bangsa apakah yang paling degil di dunia? Jika ditanya akan persoalan ini, apakah jawapan anda? Jawapan anda sebenarnya akan banyak bergantung kepada pengetahuan anda terhadap sesuatu bangsa. Sebuah bangsa itu adalah satu entiti, yang menjadikan perkataan warga dunia itu ada maksudnya kerana frasa warga dunia merujuk kepada himpunan bangsa-bangsa yang berada di seluruh dunia.

Waktu dahulukala, ada seorang hamba Allah mengatakan kepada aku,  jawapan bagi soalan ini ialah Yahudi. Yahudi, mereka bangsa paling degil. Dan selepas sedikit kajian yang aku lakukan, aku masih tidak mempunyai sebarang hujah untuk menafikan jawapan itu. Maka kita biarkan dahulu persoalan ini bermain-main di minda. Kenapa bukan bangsa Rusia yang telah menindas warga Chechnya yang dikatakan bangsa paling degil? Kenapa bukan bangsa yang menindas warga pencinta bahasa di Taiwan untuk bertutur dalam bahasa Okinawan dikatakan paling degil? Kenapa bukan kaum penindas yang lain dikatakan bangsa paling degil? Kaum junta Burma yang menindas Rohingya, ya, kenapa bukan mereka?? Realitinya, isu umat Islam memang bukan berlegar di palestin sahaja. Dan isu penindasan bukan melibatkan umat Islam sahaja, itu perlu difahami. Masih banyak kaum2 warga dunia yang ditindas, isu-isu yang mungkin dipandang sebelah mata oleh warga dunia yang lain. Hakikatnya bagaimana ada yang masih boleh makan sehingga nak muntah, ditambah makanan yang tak dihabis dibuang sesuka hati sedangkan di sudut dunia yang lain masih ada yang terpaksa meludahkan maruah untuk mendapatkan sesuap nasi? Bagaimana masih ada yang begitu mudah melenyapkan wang berjuta-juta(masuk ke poket sendiri) sedangkan tidakkkah diketahui dunia ini semakin tenat, amaran demi amaran diberikan oleh Tuhan, tapi mengapa masih dipejamkan mata, dipekakkan segala pintu hati? Maaf, ini bukan luahan emosi picisan, ini persoalan seorang pemerhati dunia. Sang pemilik kuasa, jalankan amanahmu. Para khalifah, tugas kita bukan mudah.

Berbalik pada persoalan tadi, di dalam al Quran salah satu daripada surah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dinamakan dengan salah satu bangsa di dunia ini, Surah berkenaan juga mempunyai nama lain yang mengaitkan perjalanan baginda dari Mekah ke Baitul Maqdis yang menjadi mukjizat baginda yang istimewa. Surah yang dimaksudkan di sini ialah surah al-Isra’, surah yang memiliki 111 ayat.Jika dilihat di permulaan surah ini telah dinyatakan dua bentuk amaran kepada BanI Israel. Contohnya, dalam ayat 4 hingga 7 yang bermaksud “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”

Dicatatkan dalam lembaran sejarah, kelahiran rasul yang ramai dari keturunan Bani Israel menyebabkan bangsa ini mula merasakan merekalah bangsa yang memiliki kedudukan yang istimewa di sisi Tuhan. Maka kerana keegoaan dan kebongkakkan ini, mereka tidak dapat menerima bahawa Muhammad, yakni rasul terakhir merupakan rasul daripada keturunan Bangsa Arab. Dalam kitab Torah yang menjadi kepercayaan mereka, ada dinyatakan bahawa merekalah “bangsa terpilih’ dalam kalangan semua bangsa di dunia, dan kesombongan ini berterusan.Walaupun mereka telah mengalami penindasan yang sangat hebat hasil ideology Nazi Jerman, mereka mula bangkit. Melalui diaspora bangsa Yahudi, kita dapat lihat tefutzah bangsa Yahudi merupakan proses tebaran bangsa ke seluruh dunia. Terdapat banyak perbezaan diaspora bangsa ini dengan bangsa lain di dunia, lain jika hendak dibandingkan dengan bangsa Monggol, Arab, Turki, Eropah yang mana kebanyakan mereka berkembang melalui factor-faktor biasa seperti peperangan, penjelajahan dan penguasaan wilayah. Penebaran bangsa Yahudi pula berlaku di seluruh dunia, bermula di Baitul Maqdis, dan telah tersebar ke Afrika, Ropah, Semenanjung Arab juga di negara Asia seperti China India dan Jepun. Untuk ruang diskusi ini, akan dinyatakan permulaan kisah diaspora Yahudi, hanya permulaan, untuk siri2 seterusnya akan dinyatakan di ruang yang lain, insyaAllah.

Diaspora pertama ini terjadi sekitar tahun 587 sebelum Masihi, tentera Babylon telah menyerang Baitul Maqdis dan membakar kota itu.  Serangan ini menyebabkan ramai penduduk Yahudi terkorban manakala yang masih hidup dibawa pulang ke Babylon dan dijadikan hamba. Baitul Maqdis pada ketika itu pula jatuh ke tangan tentera Babylon. Ini menyebabkan permulaan diaspora bangsa Yahudi ke Mesir dan serata Semenanjung Tanah Arab. Untuk saat ini, bagi yang baru mengetahui perkara ini, mesti anda rasa “ wah jahatnya Raja Bukhtanasar(pemimpin Babylon yg terkenal dengan Taman Tergantung)!!!!” TUNGGU DAHULU, BERTENANG. TAHUKAH ANDA, serangan ke atas kaum Yahudi itu adalah kerana kerosakan yang mereka sendiri lakukan di tanah suci Baitul Maqdis dan itu sebenarnya sebagai balasan kepada mereka. Antara kerosakan yang mereka lakukan,

-meminda dan menokok tambah kandungan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s untuk dijadikan panduan kepada mereka.

-menghalalkan banyak perkara yang dilarang Tuhan demi kepentingan sendiri

-sejarah pengorbanan Nabi Ismail a.s terhadap bapanya Nabi Ibrahim a.s pula diganti dengan pengorbanan Nabi Ishak a.s

-Telaga air zam zam yang memancutkan air di tengah padang pasir dirujuk sebagai telaga yang berada di kawasan petempatan Yahudi.

-amalan riba yang diharamkan kepada semua penganut dipinda sebagai ‘haram dilakukan kepada sesama Yahudi’à (lihatlah kaum yang menggalakkan riba melalui Federal Reserve juga membenci riba, kaum yang menjadi pengeluar rokok juga membenci dan tidak mengamalkan rokok, maka apa alasan kamu(kamu yg berkenaan sahaja, untuk menghalalkan yang haram??)

BAIKLAH, CUKUP DI SITU. Mungkin sampai baris ini anda sudah mula membenci Yahudi, belum diceritakan lagi kekejaman mereka ini di Palestin dan kepada umat Islam yang lain. Mungkin jika ada seorang Yahudi yang sedang berada berdekatan dengan anda sekarang, akan anda keji insan itu sepuas hati. Itu reflex biasa manusia. Tapi, jangan begitu terburu-buru. Entry ini masih belum tamat. Masih banyak kupasan ingin aku hidangkan, masih banyak lampu ingin aku jelaskan kesilauannya,bukan kerana keterujaan lewat kelmarin, (aku baru belajar wiring, belajar bagaimana menyalakan mentol yang sangat besar), tetapi kerana aku ingin mata-mata kamu yang membaca tidak lagi membenci sesuatu yang tidak patut kamu benci. Kerana pada aku, membenci itu memerlukan tenaga/energy, maka salurkan energy itu ke tempat yang sewajarnya, Sebagai insan yang melaungkan semangat kesarwajagatan dan kemurnian dalam mendokong prinsip kemanusiaan, kebenaran itu harus dikaji berkali-kali. Hakikatnya, jika ditanya kepada kebanyakan penduduk Malaysia, jika disebut Yahudi pasti lidah terjuih 90 darjah kerana membenci mereka. Persoalan aku, mengapa kamu benci mereka? Bukankah kebanyakan Rasul asalnya dari Bani Israel? Yusuf, Musa, Harun, Ilyas, Ilyasa’, Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya, Yunus, Isa, mereka asalnya daripada Bani Israel. Juga untuk pengetahuan kamu yang menjuihkan mulut sebentar tadi, bukan semua Yahudi yang menyokong Zionis yang melakukan kekejaman di Palestin. Ya, bukan. Buktinya, Yahudi Iran sanggup tidak mahu kembali ke Israel kerana mereka juga membenci penindasan Zionis itu. Jika kita berbicara mengenai Yahudi harus diketahui bahawa terdapat 3 kategori Yahudi, yakni Ashkenazi, Serphardi dan Mizrahi. Dalam 3 kategori yang aku sebutkan ini, yang menyokong zionisme adalah Yahudi Ashkenasi/Khazar. Mereka ini yang memandu pemindahan dan mengusahakan perpindahan Yahudi seluruh dunia ke Israel secara besar-besaran. Yang harus kamu benci itu adalah penyokong Zionisme, bukan bangsa Yahudi seluruhnya. Senyum jika kamu sudah faham J

Baiklah, blok seterusnya dalam entry ini, ingin aku kupaskan pula isu serangan ke atas Iraq. Hakikatnya negara yang menentang Israel perlu dilenyapkan, ini misi mereka, misi dalam protokol Zion. Ketika perang teluk, rejim Saddam Hussein telah melancarkan 39 buah peluru berpandu Scud ke arah Israel. Akhirnya Saddam Hussein telah digulingkan dan seperti yang digemburkan, riwayatnya tamat di tali gantung.Selepas Saddam berjaya ditumbangkan, kerajaan Iraq menjadi kucar-kacir, dan disenaraikan sebagai negara yang paling tidak selamat diduduki di dunia. Zionis menggerakkan pula buah catur seterusnya apabila dilaporkan merancang perpindahan beribu-ribu Yahudi Kurdish dari Israel ke Bandar Mosul dan Nineveh di Iraq.
“Rejim Zionis Israel semakin berhadapan dengan penghujungnya dan akan dilenyapkan dari peta dunia dengan pertolongan Tuhan”---à ini kata Mahmoud Ahmadinejad. Kata kamu pula???

Dari sudut lain, sistem kapitalis yang kini mejadi sistem rasmi dunia, aku mengatakan demikian kerana aku lihat negara2 di dunia kini semakin terserlah sokongan mereka, sama ada dengan cara melaksanakan sistem ini ataupun menjalinkan hubungan baik dengan negara yang mengamalkannya. Suka aku nyatakan, hubungan baik ini bukanlah hubungan persaudaraan semestinya, kerana hati aku meronta-ronta ingin meluahkan bahawa “apa yang PARA PEMILIK kapitalis itu tahu tentang persaudaraan??? Mereka itu bersaudara dengan DUIT sahaja!!! WANG ITU RAJA MEREKA!” oh, untuk itu, aku cadangkan kamu semua membaca buku Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia, John Perkins. Sangat menarik untuk dikaji.


dan ya, sila baca ini juga.


hakikatnya, isu penindasan dari bangsa A kepada bangsa B, maksud aku, dari satu pihak kepada pihak lain sebenarnya memberi kita beberapa pengajaran penting untuk diambil dan dihayati, diamalkan semestinya. Jika dulu, kamu hanya membenci, tapi lihatlah, ada lagi yang harus kamu lakukan. Penindasan sama ada terhadap kamu atau terhadap orang lain sebenarnya beperanan:

-membenci penindasan itu semestinya. Tapi untuk mula membenci, kamu harus tahu apa yang kamu benci, jangan main hentam sesuka hati nak benci semua benda, contohnya dalam isu bangsa Yahudi tadi.

-mengamalkan dan membangunkan apa yang kamu percaya dan menjadi prinsip diri kamu sebaik-baiknya, maknanya jika kamu seorang muslim, jadilah muslim yang terbaik. Jika kamu percaya kamu menyokong keadilan, kamu harus menjadi adil terlebih dahulu, adil terhadap diri kamu dan diri setiap insan di sisi kamu. Mencintai secara adil, membenci lah secara adil.

Baiklah, yang terakhir, ingin aku jelaskan maksud tajuk post ini.agoni itu maksudnya kesakitan (aku jumpa perkataan ni daripada facebook Fynn Jamal dan Cerpen Agoni Hilal Asyraf). Kesakitan atau penindasan, dalam skop entry ini. Dan mata yang tersilau pula aku umpamakan mata-mata kita yang mudah tersilau melihat cahaya yang terlalu terang, begitulah kita mudah tersilau melihat keindahan yang mengasyikkan, dan keindahan yang aku maksudkan ialah keindahan penipuan yang dihidangkan media Barat. Itu sahaja.

* yang menulis juga banyak kelemahan, jika anda temui sebarang kesalahan fakta, betulkanlah, aku juga tak mahu tersilau akan keindahan sebuah penipuan*

6 comments:

  1. boleh terangkan maksud perkataan ini?
    1)tefutzah
    2)kesarwajagatan

    tq

    ReplyDelete
  2. terima kasih bertanya

    tefutzah itu maksudnya diaspora. tefutzah itu adalah perkataan dalam bahasa Ibrani. bahasa Ibrani merupakan bahasa ibunda bangsa Yahudi.

    sarwajagat boleh merujuk kepada dunia seluruhnya atau di peringkat global/antarabangsa.

    sama2

    ReplyDelete
  3. yahudi ashkenazi sokong zionisme, yahudi sephardi dan yahudi mizrahi pula merujuk kepada apa?

    ReplyDelete
  4. yahudi sephardhi merupakan keturunan Bani Israel juga, mereka ini antara sasaran bagi penghapusan etnik oleh Yahudi Ashkenazi. ramai antara mereka ini berhijrah ke Sepanyol dan Portugal kemudian mereka dihalau keluar semasa proses diaspora.

    yahudi Mizrahi pula lebih kurang sama dengan Yahudi Sephardi, mereka ini penduduk minoriti Israel. Mereka menetap di negara-negara Arab dan Islam seperti India, Mesir, Iran, Iraq dan Pakistan. dan ini menjustifikasi kenyataan bangsa yahudi bertebaran di merata tempat di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  5. cik/encik anonymous,
    boleh rujuk link ini untuk maklumat tambahan.

    http://sejarah.info/2012/02/sejarah-bangsa-israel.html

    ReplyDelete
  6. yahudi ashkenazi sebenarnya berasal daripada bangsa khazar, yang tinggal di kawasan terletak antara kawasan Laut Hitam dan laut Caspian.

    ReplyDelete