Friday 27 April 2012

PENERIMAAN DAN ISU OCCUPY


Assalamualaikum

Kebanyakan pihak tanpa mengetahui sesuatu perkara itu bagaimana mudah terus membenci dan memboikot sesuatu golongan, lantaran terpedaya dengan isu-isu yang diputarbelitkan media pastinya. Maka, sebelum aku mula menulis mengenai isu yang ingin dibangkitkan, bolehkah aku meminta tolong kepada kalian yang tengah membaca? Untuk pertama kali, jangan lah mudah memandang serong perjuangan insan lain, mereka itu berjuang atas kemampuan mereka, andai kamu tak mampu menyumbang, jangan kamu katakan perjuangan mereka itu bodoh atau membuang masa sahaja. Jangan sama sekali. Kerana ingin aku bangkitkan persoalan, jika mereka berjaya membangunkan sebuah ketamadunan kelak, bukankah generasi kamu juga yang akan menikmatinya? Pada yang sudah lama mengamalkan prinsip sedemikian, satu salute untuk anda J
sila baca ini-
http://selamattinggal.blogspot.com/2011/01/berjuang-memang-pahit-kerana-syurga-itu.html

Perenggan pertama itu peringatan secara rambang, tidak difokuskan kepada mana-mana isu semata-mata. Yang pasti, isu yang berpaksi kepada kebenaran, kita sokong. Baiklah, isu occupy. Hakikatnya isu occupy bolehlah dikatakan isu yang hangat sekarang, sehinggakan majalah barat mengangkat para protester sebagai People Of The Year, maka apakah itu occupy? Jika kamu buka laman sosial facebook, terdapat puluhan paparan page yang bertemakan Occupy contoh Occupy Wall Street, Occupy New York, Occupy Federal Reserve, Occupy Together dan sebagainya. Maka di sini aku (aku hanya copy paste sahaja) jelaskan makna occupy secara bahasa.

1. keep busy with

2. live (in a certain place)

3. occupy the whole of

4. be on the mind of

5. march aggressively into another's territory by military force for the purposes of conquest and occupation

6. require (time or space)

7. consume all of one's attention or time

8. assume, as of positions or roles

9. To take or hold possession of; to hold or keep for use; to possess.

10. To hold possession; to be an occupant.

Dalam kesibukan menjengah kepada Occupy Wall Street yang mana dikaitkan pula dengan kewujudan geng yang menggelarkan diri mereka Anonymous, aku ingin kita llihat pula mengenai  Occupy Dataran. Bimbang dikatakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, isu luar negara sibuk diambil perhatian, isu dalam negara dipandang sepi, tapi pada pandangan aku, lebih baiklah begitu daripada langsung tidak mengetahui apa-apa.

Ya, Dataran yang dimaksudkan di sini ialah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ramai pihak mengatakan kewujudan Occupy Dataran ini adalah kerana ingin meniru Occupy Wall Street (perkataan meniru tu agak berat bagi aku, tapi aku hanya translate daripada sumber ini):

Occupy Dataran is an autonomous grassroots movement based in Kuala Lumpur,[1] that aims to create a platform to experiment participatory democracy based on the popular assembly model.[2] The Malaysian Insider reported that Occupy Dataran were an offshoot of Occupy Wall Street. The online news portal also reported that the Malaysian protesters were expressing solidarity with the New York protest movement as part of the 15 October 2011 global protests.[3] –wikipedia

Tapi hakikatnya, 30 July 2011, Occupy Dataran sudah dimulakan, yakni 7 minggu sebelum Occupy Wall Street. Jadi tak timbul isu di situ. Sudah nama pun berbeza, maka aku bangkang perkataan meniru tadi. Bahkan jika kamu perhati, occupy sendiri mempunyai 10 definisi berbeza, maka kerana itu keperluan untuk memahami itu penting.Jika diselidik isu Ocuppy Dataran mula diambil perhatian  serius apabila terdapat perhimpunan yang melibatkan isu PTPTN.Selain itu,  akhbar Sinar Harian minggu lepas menjadikan isu Occupy ini sebagai muka surat depan isunya. Tapi, di sini, bukan isu PTPTN yang ingin diulas, kita kembali pada tajuk Occupy Dataran.  Mereka ini berkumpul di Dataran, setiap malam Sabtu dari pukul 8 hingga 11 malam, berbincang mengenai apa-apa isu, dan mereka berbincang secara aman, tiada keganasan atau sebarang provokasi yang melampaui batasan. Dimulakan dengan proses pencadangan usul untuk dibincangkan, akan ada undian yang dilakukan, dan mereka yang tidak bersetuju diminta memberikan hujah. Mereka ini diberikan hak dan kebebasan untuk mengekspresikan idea masing-masing, secara aman.

Sekadar sedikit perkongsian, jika yang membaca mempunyai pandangan lain, atau pernah mengikuti, komen anda dialu-alukan. Mari kita pula berdiskusi secara murni.

Kesimpulannya, post ini berkaitan penerimaan kita terhadap cara perjuangan individu lain, ingin aku tegaskan, sama-sama kita ambil pengajaran kisah burung hud-hud. Juga bahagian kedua, dikongsikan sedikit mengenai isu occupy. Hanya sedikit cuma, cukuplah sebagai pengenalan apa itu perkataan occupy. Akhir kata, teruskanlah perjuangan dakwah, dengan apa cara sekalipun, kreatifkan cara anda berdakwah, dan ingatlah setiap kebaikan yang anda lakukan, apabila mengikut syariat, pasti ada ganjarannya, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment