Tuesday 20 March 2012

Isu Semasa: Prinsip-Prinsip Dialog Peradaban


Kerjasama antara bangsa yang adil dan seimbang telah dimusnahkan oleh Amerika dan sekutunya apabila mereka melancarkan perang terhadap 'keganasan' dan 'pengganas' yang kononnya terdiri daripada orang Arab dan Islam.

Oleh sebab itu adalah penting untuk memperkukuhkan semula asas dan benteng kerjasama dan persefahaman dengan menekankan konsep dan beberapa prinsip (akan dinyatakan di bawah insya-Allah) dalam bidang pemikiran, penyiaran, budaya dan politik antarabangsa.

  • Menganggap bahawa perbezaan perundangan, agama, bangsa, budaya dan tamadun adalah suatu sunnatullah (cara dan ketetapan Allah). Ini adalah fenomena tabi'e bagi alam sejagat yang tidak dapat dipinda. Allah menegaskan hal ini dalam Surah Hud, ayat 118-119.

  • Persefahaman antara bangsa, kemajuan dan kemakmuran manusia banyak bergantung kepada sikap saling menghormati sistem nilai, akhlak yang berasaskan kepada keimanan, keadilan, menghormati prinsip undang-undang antarabangsa dan kuasa institusi bangsa-bangsa.

  • Adalah mustahak dan perlu dibatasi definisi, istilah atau konsep yang diguna pakai dalam kempen-kempen menentang keganasan yang ditunjukkan kepada Islam dan umat Islam.

  • Sewajarnya semua golongan cendikiawan dan bijak pandai dari pelbagai kelompok agama dan peradaban sepakat bahawa menyelesaikan punca dan sebab sesuatu permasalahan lebih wajar daripada menyelesaikan gejala yang timbul daripadanya.

  • Tidak boleh menyerang mana-mana negara yang berdaulat atas alasan untuk memerangi pengganas. Kedaulatan dan maruah sesebuah negara perlu diambil kira. Persepakatan antarabangsa melalui PBB perlu dalam menangani keganasan sejagat.

Jika dihayati prinsip-prinsip ini sepenuhnya, maka segala permasalahan yang kadang-kadang diistilahkan sebagai pertembungan peradaban akan dapat ditangani dengan baik sekali (Aslam, M.M., 2004).





~RozanaRozita

1 comment:

  1. Salam,
    terima kasih berkongsi maklumat ini, saya minta izin untuk kongsikan ia di dalam kelas saya.
    @nora@ :)

    ReplyDelete