Friday 16 March 2012

membaca itu antibiotik penyakit 'takut membuat revolusi'

Assalamualaikum w.b.t

untuk post kali ini, akan diselitkan sebuah buku yang pada pandangan yang sedang menulis ini, sebuah buku yang sangat best, memberi ruang untuk melihat kebenaran itu apa dan bagaimana bentuknya. Buku ini harganya RM 37.90, taklah murah, tapi satu pelaburan yang bijak, insyaAllah.

buku ini berkaitan dengan post ketiga, tajuk MELESTARIKAN KEMBALI DIALOG PERADABAN KEPADA AJARAN AGAMA. dalamnya ada diterangkan beberapa isu penting berkaitan Israel maka buku ini mungkin boleh dijadikan salah satu rujukan untuk mendalami isu ini dengan lebih mendalam, lengkap dengan sejarah dan fakta yang boleh dianalisa dengan lebih mendalam.

Ada 278 muka surat, mungkin kalau yang membaca itu sibuk orangnya, maka mungkin mengambil masa 3 hari untuk habiskan, kalau tak sibuk dengan rencana kehidupan, sehari pun boleh habis. Tapi, disarankan, ambillah masa seminggu untuk kaji buku ini. Persoalkan apa yang tertulis dalam buku ni, buat kajian sendiri, tanya orang, (tanya pakcik google pun boleh jugak, mak cik yahoo pun boleh jugak, terpulanglah). Maka hasilnya selepas baca buku ni + kajian sendiri tentang isu2 dalam buku ni = pemahaman tentang Israel itu sendiri.

Selain itu, sukacita diingatkan, banyakkanlah membaca, jadikan membaca satu ketagihan kerana membaca itu sebenarnya satu tabiat yang sangat baik.

berkenaan tajuk post ini,  kenapa dikatakan membaca itu antibiotik penyakit takut membuat revolusi/perubahan/anjakan atau yang sewaktu dengannya? kerana

melalui membaca minda yang melihat cahaya kalimantang itu selamanya putih akan melihat sebenarnya ada 7 warna disebaliknya
melalui membaca kita akan mengenal siapa wira dan siapa pengganas sebenarnya
melalui membaca kita akan melihat siapa kita, siapa generasi kita sebenarnya
melalui membaca penakut boleh menjadi pemberani
melalui membaca yang membenci boleh menjadi pencinta sejati

dan

melalui membaca, kita sebenarnya memanusiakan diri

p/s: manala tau kalau blog ni dapat sambutan, akan dibukukan pulak nanti, itu rancangan masa depan. apa-apa pun, bagi yang sedang menaip sekarang, menulis sebuah buku yang mampu membuatkan orang berfikir sememangnya salah satu impian hidup, perancangannya ada, cuma kesahihannya, nantikan sahaja. teruskan menyokong, terima kasih.

No comments:

Post a Comment