Wednesday 14 March 2012

sejarah itu permulaannya adalah keyakinan

Assalamualaikum w.b.t

buat post pertama, sekadar pengenalan dan ucapan terima kasih kepada anda yang tengah membaca. Bersedialah untuk melayari sebuah blog kisah Hang Titas, yakni dalamnya terdapat beberapa isu sebagai perkongsian, isu yang dikupas, isu yang dijelas, isu yang menjelas.

A Samad Said pernah mengatakan "Setiap yang benar betapa ditekan tetap menjalar, tanpa dibaja tetap mekar, tanpa udara pun kan tetap segar". Maka indikasinya di sini, sesuatu yang digelar sejarah itu, jika dibelek buku sejarah, akan terjumpa pelbagai definisi bagi memaknakan sebuah perkataan. Dan terpulang kepada pembaca memilih yang mana satu definisi yang berkenan di hati, tiada jawapan yang salah kerana pendefinisian itu bersifat abstrak, lain orang lain tafsirannya, maka raikanlah pandangan masing2( dalam konteks maksud sejarah bagi setiap insan)

bagi seorang yang gagal, sejarah mungkin bermaksud suntikan semangat
bagi seorang yang berjaya, sejarah mungkin bermaksud kisah indah yang ingin diulangi

Hakikatnya, tanpa dibelek buku teori yang tebal, kita sewajarnya memahami apa itu sejarah kerana manusia itu tidak akan wujud hari ini, tanpa ada sejarah yang mengiringi. Maka perhaluskan setiap fakta yang anda terima, tapi jangan percaya seratus peratus. Maksimakan akal yang diberikan untuk mempersoalkan kebenaran fakta yang dihidangkan, umpama hidangan makan malam, anda berhak memilih yang mana berkenan, begitu juga dari sudut sejarah, anda berhak memilih yang mana dikatakan sejarah dan yang mana yang dikatakan rekaan, tetapi asasnya mestilah ada ilmu yang kukuh dalam dada, ada kajian sebagai bukti bicara.

begitu juga hidangannya dalam blog ini, anda berhak memberi sebarang komen atau perkongsian berkenaan isu yang diutarakan, mari kita bersama-sama memulakan diskusi di sini kerana pencinta-pencinta sejarah yang tegar itu orangnya sentiasa bersemangat untuk melakukan anjakan kepada pemikiran orang sekelilingnya agar mengetahui sejarah itu apa dan bagaimana bentuknya.

selamat berkongsi, berdebat, berbahas, berbincang, belajar, memerhati, mendengar dan mengkaji

jika anda takut dan enggan mengenali apa itu sejarah,
anda sebenarnya sedang menulis sejarah,sejarah seorang pengulang kejatuhan ketamadunan.

No comments:

Post a Comment