Friday 27 April 2012

Babylon suatu sejarah..



Ia adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara. Paling mengagumkan, bandar itu menghasilkan Taman Tergantung Babylon.
Bagaimanapun, pada hari ini, tiada yang tertinggal di tapak bandar bersejarah itu kecuali sangat sedikit...

Oleh itu,ingin sekali sy menyelami disebalik sejarah kota babylon itu..


Sejarah Pembuatan Taman Tergantung
Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai Iraq selatan.
Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.
Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua.
Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.
“Dongeng tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan pada festival tahun baru di Babylon.
Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan Tuhan Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi, Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.


Lakaran imej kota Babylon yg digambarkan oleh para sejarawan 

Seperti juga Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk permaisuri terkasihnya Mumtaz Mahal, taman bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah persembahan cinta.
Taman ini dibina Nebukadnezar II yang memerintah dari tahun 605-562 SM, dikhas bagi Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di pergunungan Persia (Iran).
Kemahuan Amytis besar diantara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon.
Babylon merupakan wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung halamannya.
Untuk mengobati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran tinggi. Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq.
Menurut sejarawan Yunani Diodorus Siculus, lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).
Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung.
Semenjak itulah taman tergantung, satu dari tujuh keajaiban dunia yang ada...:))

sumber:tulahan.blogspot.com



PENERIMAAN DAN ISU OCCUPY


Assalamualaikum

Kebanyakan pihak tanpa mengetahui sesuatu perkara itu bagaimana mudah terus membenci dan memboikot sesuatu golongan, lantaran terpedaya dengan isu-isu yang diputarbelitkan media pastinya. Maka, sebelum aku mula menulis mengenai isu yang ingin dibangkitkan, bolehkah aku meminta tolong kepada kalian yang tengah membaca? Untuk pertama kali, jangan lah mudah memandang serong perjuangan insan lain, mereka itu berjuang atas kemampuan mereka, andai kamu tak mampu menyumbang, jangan kamu katakan perjuangan mereka itu bodoh atau membuang masa sahaja. Jangan sama sekali. Kerana ingin aku bangkitkan persoalan, jika mereka berjaya membangunkan sebuah ketamadunan kelak, bukankah generasi kamu juga yang akan menikmatinya? Pada yang sudah lama mengamalkan prinsip sedemikian, satu salute untuk anda J
sila baca ini-
http://selamattinggal.blogspot.com/2011/01/berjuang-memang-pahit-kerana-syurga-itu.html

Perenggan pertama itu peringatan secara rambang, tidak difokuskan kepada mana-mana isu semata-mata. Yang pasti, isu yang berpaksi kepada kebenaran, kita sokong. Baiklah, isu occupy. Hakikatnya isu occupy bolehlah dikatakan isu yang hangat sekarang, sehinggakan majalah barat mengangkat para protester sebagai People Of The Year, maka apakah itu occupy? Jika kamu buka laman sosial facebook, terdapat puluhan paparan page yang bertemakan Occupy contoh Occupy Wall Street, Occupy New York, Occupy Federal Reserve, Occupy Together dan sebagainya. Maka di sini aku (aku hanya copy paste sahaja) jelaskan makna occupy secara bahasa.

1. keep busy with

2. live (in a certain place)

3. occupy the whole of

4. be on the mind of

5. march aggressively into another's territory by military force for the purposes of conquest and occupation

6. require (time or space)

7. consume all of one's attention or time

8. assume, as of positions or roles

9. To take or hold possession of; to hold or keep for use; to possess.

10. To hold possession; to be an occupant.

Dalam kesibukan menjengah kepada Occupy Wall Street yang mana dikaitkan pula dengan kewujudan geng yang menggelarkan diri mereka Anonymous, aku ingin kita llihat pula mengenai  Occupy Dataran. Bimbang dikatakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, isu luar negara sibuk diambil perhatian, isu dalam negara dipandang sepi, tapi pada pandangan aku, lebih baiklah begitu daripada langsung tidak mengetahui apa-apa.

Ya, Dataran yang dimaksudkan di sini ialah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ramai pihak mengatakan kewujudan Occupy Dataran ini adalah kerana ingin meniru Occupy Wall Street (perkataan meniru tu agak berat bagi aku, tapi aku hanya translate daripada sumber ini):

Occupy Dataran is an autonomous grassroots movement based in Kuala Lumpur,[1] that aims to create a platform to experiment participatory democracy based on the popular assembly model.[2] The Malaysian Insider reported that Occupy Dataran were an offshoot of Occupy Wall Street. The online news portal also reported that the Malaysian protesters were expressing solidarity with the New York protest movement as part of the 15 October 2011 global protests.[3] –wikipedia

Tapi hakikatnya, 30 July 2011, Occupy Dataran sudah dimulakan, yakni 7 minggu sebelum Occupy Wall Street. Jadi tak timbul isu di situ. Sudah nama pun berbeza, maka aku bangkang perkataan meniru tadi. Bahkan jika kamu perhati, occupy sendiri mempunyai 10 definisi berbeza, maka kerana itu keperluan untuk memahami itu penting.Jika diselidik isu Ocuppy Dataran mula diambil perhatian  serius apabila terdapat perhimpunan yang melibatkan isu PTPTN.Selain itu,  akhbar Sinar Harian minggu lepas menjadikan isu Occupy ini sebagai muka surat depan isunya. Tapi, di sini, bukan isu PTPTN yang ingin diulas, kita kembali pada tajuk Occupy Dataran.  Mereka ini berkumpul di Dataran, setiap malam Sabtu dari pukul 8 hingga 11 malam, berbincang mengenai apa-apa isu, dan mereka berbincang secara aman, tiada keganasan atau sebarang provokasi yang melampaui batasan. Dimulakan dengan proses pencadangan usul untuk dibincangkan, akan ada undian yang dilakukan, dan mereka yang tidak bersetuju diminta memberikan hujah. Mereka ini diberikan hak dan kebebasan untuk mengekspresikan idea masing-masing, secara aman.

Sekadar sedikit perkongsian, jika yang membaca mempunyai pandangan lain, atau pernah mengikuti, komen anda dialu-alukan. Mari kita pula berdiskusi secara murni.

Kesimpulannya, post ini berkaitan penerimaan kita terhadap cara perjuangan individu lain, ingin aku tegaskan, sama-sama kita ambil pengajaran kisah burung hud-hud. Juga bahagian kedua, dikongsikan sedikit mengenai isu occupy. Hanya sedikit cuma, cukuplah sebagai pengenalan apa itu perkataan occupy. Akhir kata, teruskanlah perjuangan dakwah, dengan apa cara sekalipun, kreatifkan cara anda berdakwah, dan ingatlah setiap kebaikan yang anda lakukan, apabila mengikut syariat, pasti ada ganjarannya, insyaAllah.

Thursday 26 April 2012

SELAMAT HARI HARTAL( 6 bulan lagi)


Assalamualaikum
Pada 20 Oktober, 64 tahun dahulu, rakyat negara ini telah bersatu merentas kaum, agama, kelas, kepercayaan, fahaman & ideologi untuk satu matlamat - menjalankan Hartal seluruh Malaya sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Federation 1946 ciptaan penjajah kolonial British, dan bagi menyatakan sokongan terhadap Perlembagaan Rakyat 1947 ke arah kemerdekaan tanahair. Dari Alor Setar ke Johor Bharu, dari Ipoh ke Kuantan, jalan-jalan lapang, kedai-kedai ditutup, kilang-kilang tergendala, kota dan pekan di seluruh tanahair telah terhenti. Perjuangan rakyat sebelum hari merdeka tiba.
Hari ini, kawan-kawan kita dapat lihat sejarah Hartal masih tidak diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia. Bahkan jika kamu tanya orang di sebelah kamu sekarang ini, apakah jawapannya? boleh kongsikan di sini jika mahu :)

Untuk itu, silalah tonton filem 10 Tahun Sebelum Merdeka untuk mengetahui sejarah Hari Hartal, hari perjuangan demokrasi rakyat:

http://www.vimeo.com/344899

AGONI DAN KITA YANG TERSILAU

Assalamualaikum

Bangsa apakah yang paling degil di dunia? Jika ditanya akan persoalan ini, apakah jawapan anda? Jawapan anda sebenarnya akan banyak bergantung kepada pengetahuan anda terhadap sesuatu bangsa. Sebuah bangsa itu adalah satu entiti, yang menjadikan perkataan warga dunia itu ada maksudnya kerana frasa warga dunia merujuk kepada himpunan bangsa-bangsa yang berada di seluruh dunia.

Waktu dahulukala, ada seorang hamba Allah mengatakan kepada aku,  jawapan bagi soalan ini ialah Yahudi. Yahudi, mereka bangsa paling degil. Dan selepas sedikit kajian yang aku lakukan, aku masih tidak mempunyai sebarang hujah untuk menafikan jawapan itu. Maka kita biarkan dahulu persoalan ini bermain-main di minda. Kenapa bukan bangsa Rusia yang telah menindas warga Chechnya yang dikatakan bangsa paling degil? Kenapa bukan bangsa yang menindas warga pencinta bahasa di Taiwan untuk bertutur dalam bahasa Okinawan dikatakan paling degil? Kenapa bukan kaum penindas yang lain dikatakan bangsa paling degil? Kaum junta Burma yang menindas Rohingya, ya, kenapa bukan mereka?? Realitinya, isu umat Islam memang bukan berlegar di palestin sahaja. Dan isu penindasan bukan melibatkan umat Islam sahaja, itu perlu difahami. Masih banyak kaum2 warga dunia yang ditindas, isu-isu yang mungkin dipandang sebelah mata oleh warga dunia yang lain. Hakikatnya bagaimana ada yang masih boleh makan sehingga nak muntah, ditambah makanan yang tak dihabis dibuang sesuka hati sedangkan di sudut dunia yang lain masih ada yang terpaksa meludahkan maruah untuk mendapatkan sesuap nasi? Bagaimana masih ada yang begitu mudah melenyapkan wang berjuta-juta(masuk ke poket sendiri) sedangkan tidakkkah diketahui dunia ini semakin tenat, amaran demi amaran diberikan oleh Tuhan, tapi mengapa masih dipejamkan mata, dipekakkan segala pintu hati? Maaf, ini bukan luahan emosi picisan, ini persoalan seorang pemerhati dunia. Sang pemilik kuasa, jalankan amanahmu. Para khalifah, tugas kita bukan mudah.

Berbalik pada persoalan tadi, di dalam al Quran salah satu daripada surah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dinamakan dengan salah satu bangsa di dunia ini, Surah berkenaan juga mempunyai nama lain yang mengaitkan perjalanan baginda dari Mekah ke Baitul Maqdis yang menjadi mukjizat baginda yang istimewa. Surah yang dimaksudkan di sini ialah surah al-Isra’, surah yang memiliki 111 ayat.Jika dilihat di permulaan surah ini telah dinyatakan dua bentuk amaran kepada BanI Israel. Contohnya, dalam ayat 4 hingga 7 yang bermaksud “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”

Dicatatkan dalam lembaran sejarah, kelahiran rasul yang ramai dari keturunan Bani Israel menyebabkan bangsa ini mula merasakan merekalah bangsa yang memiliki kedudukan yang istimewa di sisi Tuhan. Maka kerana keegoaan dan kebongkakkan ini, mereka tidak dapat menerima bahawa Muhammad, yakni rasul terakhir merupakan rasul daripada keturunan Bangsa Arab. Dalam kitab Torah yang menjadi kepercayaan mereka, ada dinyatakan bahawa merekalah “bangsa terpilih’ dalam kalangan semua bangsa di dunia, dan kesombongan ini berterusan.Walaupun mereka telah mengalami penindasan yang sangat hebat hasil ideology Nazi Jerman, mereka mula bangkit. Melalui diaspora bangsa Yahudi, kita dapat lihat tefutzah bangsa Yahudi merupakan proses tebaran bangsa ke seluruh dunia. Terdapat banyak perbezaan diaspora bangsa ini dengan bangsa lain di dunia, lain jika hendak dibandingkan dengan bangsa Monggol, Arab, Turki, Eropah yang mana kebanyakan mereka berkembang melalui factor-faktor biasa seperti peperangan, penjelajahan dan penguasaan wilayah. Penebaran bangsa Yahudi pula berlaku di seluruh dunia, bermula di Baitul Maqdis, dan telah tersebar ke Afrika, Ropah, Semenanjung Arab juga di negara Asia seperti China India dan Jepun. Untuk ruang diskusi ini, akan dinyatakan permulaan kisah diaspora Yahudi, hanya permulaan, untuk siri2 seterusnya akan dinyatakan di ruang yang lain, insyaAllah.

Diaspora pertama ini terjadi sekitar tahun 587 sebelum Masihi, tentera Babylon telah menyerang Baitul Maqdis dan membakar kota itu.  Serangan ini menyebabkan ramai penduduk Yahudi terkorban manakala yang masih hidup dibawa pulang ke Babylon dan dijadikan hamba. Baitul Maqdis pada ketika itu pula jatuh ke tangan tentera Babylon. Ini menyebabkan permulaan diaspora bangsa Yahudi ke Mesir dan serata Semenanjung Tanah Arab. Untuk saat ini, bagi yang baru mengetahui perkara ini, mesti anda rasa “ wah jahatnya Raja Bukhtanasar(pemimpin Babylon yg terkenal dengan Taman Tergantung)!!!!” TUNGGU DAHULU, BERTENANG. TAHUKAH ANDA, serangan ke atas kaum Yahudi itu adalah kerana kerosakan yang mereka sendiri lakukan di tanah suci Baitul Maqdis dan itu sebenarnya sebagai balasan kepada mereka. Antara kerosakan yang mereka lakukan,

-meminda dan menokok tambah kandungan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s untuk dijadikan panduan kepada mereka.

-menghalalkan banyak perkara yang dilarang Tuhan demi kepentingan sendiri

-sejarah pengorbanan Nabi Ismail a.s terhadap bapanya Nabi Ibrahim a.s pula diganti dengan pengorbanan Nabi Ishak a.s

-Telaga air zam zam yang memancutkan air di tengah padang pasir dirujuk sebagai telaga yang berada di kawasan petempatan Yahudi.

-amalan riba yang diharamkan kepada semua penganut dipinda sebagai ‘haram dilakukan kepada sesama Yahudi’à (lihatlah kaum yang menggalakkan riba melalui Federal Reserve juga membenci riba, kaum yang menjadi pengeluar rokok juga membenci dan tidak mengamalkan rokok, maka apa alasan kamu(kamu yg berkenaan sahaja, untuk menghalalkan yang haram??)

BAIKLAH, CUKUP DI SITU. Mungkin sampai baris ini anda sudah mula membenci Yahudi, belum diceritakan lagi kekejaman mereka ini di Palestin dan kepada umat Islam yang lain. Mungkin jika ada seorang Yahudi yang sedang berada berdekatan dengan anda sekarang, akan anda keji insan itu sepuas hati. Itu reflex biasa manusia. Tapi, jangan begitu terburu-buru. Entry ini masih belum tamat. Masih banyak kupasan ingin aku hidangkan, masih banyak lampu ingin aku jelaskan kesilauannya,bukan kerana keterujaan lewat kelmarin, (aku baru belajar wiring, belajar bagaimana menyalakan mentol yang sangat besar), tetapi kerana aku ingin mata-mata kamu yang membaca tidak lagi membenci sesuatu yang tidak patut kamu benci. Kerana pada aku, membenci itu memerlukan tenaga/energy, maka salurkan energy itu ke tempat yang sewajarnya, Sebagai insan yang melaungkan semangat kesarwajagatan dan kemurnian dalam mendokong prinsip kemanusiaan, kebenaran itu harus dikaji berkali-kali. Hakikatnya, jika ditanya kepada kebanyakan penduduk Malaysia, jika disebut Yahudi pasti lidah terjuih 90 darjah kerana membenci mereka. Persoalan aku, mengapa kamu benci mereka? Bukankah kebanyakan Rasul asalnya dari Bani Israel? Yusuf, Musa, Harun, Ilyas, Ilyasa’, Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya, Yunus, Isa, mereka asalnya daripada Bani Israel. Juga untuk pengetahuan kamu yang menjuihkan mulut sebentar tadi, bukan semua Yahudi yang menyokong Zionis yang melakukan kekejaman di Palestin. Ya, bukan. Buktinya, Yahudi Iran sanggup tidak mahu kembali ke Israel kerana mereka juga membenci penindasan Zionis itu. Jika kita berbicara mengenai Yahudi harus diketahui bahawa terdapat 3 kategori Yahudi, yakni Ashkenazi, Serphardi dan Mizrahi. Dalam 3 kategori yang aku sebutkan ini, yang menyokong zionisme adalah Yahudi Ashkenasi/Khazar. Mereka ini yang memandu pemindahan dan mengusahakan perpindahan Yahudi seluruh dunia ke Israel secara besar-besaran. Yang harus kamu benci itu adalah penyokong Zionisme, bukan bangsa Yahudi seluruhnya. Senyum jika kamu sudah faham J

Baiklah, blok seterusnya dalam entry ini, ingin aku kupaskan pula isu serangan ke atas Iraq. Hakikatnya negara yang menentang Israel perlu dilenyapkan, ini misi mereka, misi dalam protokol Zion. Ketika perang teluk, rejim Saddam Hussein telah melancarkan 39 buah peluru berpandu Scud ke arah Israel. Akhirnya Saddam Hussein telah digulingkan dan seperti yang digemburkan, riwayatnya tamat di tali gantung.Selepas Saddam berjaya ditumbangkan, kerajaan Iraq menjadi kucar-kacir, dan disenaraikan sebagai negara yang paling tidak selamat diduduki di dunia. Zionis menggerakkan pula buah catur seterusnya apabila dilaporkan merancang perpindahan beribu-ribu Yahudi Kurdish dari Israel ke Bandar Mosul dan Nineveh di Iraq.
“Rejim Zionis Israel semakin berhadapan dengan penghujungnya dan akan dilenyapkan dari peta dunia dengan pertolongan Tuhan”---à ini kata Mahmoud Ahmadinejad. Kata kamu pula???

Dari sudut lain, sistem kapitalis yang kini mejadi sistem rasmi dunia, aku mengatakan demikian kerana aku lihat negara2 di dunia kini semakin terserlah sokongan mereka, sama ada dengan cara melaksanakan sistem ini ataupun menjalinkan hubungan baik dengan negara yang mengamalkannya. Suka aku nyatakan, hubungan baik ini bukanlah hubungan persaudaraan semestinya, kerana hati aku meronta-ronta ingin meluahkan bahawa “apa yang PARA PEMILIK kapitalis itu tahu tentang persaudaraan??? Mereka itu bersaudara dengan DUIT sahaja!!! WANG ITU RAJA MEREKA!” oh, untuk itu, aku cadangkan kamu semua membaca buku Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia, John Perkins. Sangat menarik untuk dikaji.


dan ya, sila baca ini juga.


hakikatnya, isu penindasan dari bangsa A kepada bangsa B, maksud aku, dari satu pihak kepada pihak lain sebenarnya memberi kita beberapa pengajaran penting untuk diambil dan dihayati, diamalkan semestinya. Jika dulu, kamu hanya membenci, tapi lihatlah, ada lagi yang harus kamu lakukan. Penindasan sama ada terhadap kamu atau terhadap orang lain sebenarnya beperanan:

-membenci penindasan itu semestinya. Tapi untuk mula membenci, kamu harus tahu apa yang kamu benci, jangan main hentam sesuka hati nak benci semua benda, contohnya dalam isu bangsa Yahudi tadi.

-mengamalkan dan membangunkan apa yang kamu percaya dan menjadi prinsip diri kamu sebaik-baiknya, maknanya jika kamu seorang muslim, jadilah muslim yang terbaik. Jika kamu percaya kamu menyokong keadilan, kamu harus menjadi adil terlebih dahulu, adil terhadap diri kamu dan diri setiap insan di sisi kamu. Mencintai secara adil, membenci lah secara adil.

Baiklah, yang terakhir, ingin aku jelaskan maksud tajuk post ini.agoni itu maksudnya kesakitan (aku jumpa perkataan ni daripada facebook Fynn Jamal dan Cerpen Agoni Hilal Asyraf). Kesakitan atau penindasan, dalam skop entry ini. Dan mata yang tersilau pula aku umpamakan mata-mata kita yang mudah tersilau melihat cahaya yang terlalu terang, begitulah kita mudah tersilau melihat keindahan yang mengasyikkan, dan keindahan yang aku maksudkan ialah keindahan penipuan yang dihidangkan media Barat. Itu sahaja.

* yang menulis juga banyak kelemahan, jika anda temui sebarang kesalahan fakta, betulkanlah, aku juga tak mahu tersilau akan keindahan sebuah penipuan*

tahukah anda bangunan tertinggi pertama di dunia??


Burj khalifa sebelumnnya dikenali sebagai Burj Dubai,adalah sebuah pencakar langit di Dubai,Emiriah Arab,dan struktur buatan manusia tertinggi yang pernah dibina,828 m (2717 ft).


Pembinaan bermula pada 21 September 2004,dengn bhgn luar struktur diselesaikan pada tarikh 1 Oktober 2009.Bangunan ini siap dibina pada 2006 dan dirasmi pada tarikh 4 januari 2010.


Jumlah kos pembinaan bangunan ini berjumlah mengikut sumber rujukan yang telah dicari oleh yg sdg menulis sekitar US $1.5 billion.


Arkitek menara dan kejuruteraan yang dilakukan oleh Skidmore,Owings dan Merill Chicago,Adrian Smith yang bekerja dengan Owings,Skidmore,Merill dan Bill Baker.Kontraktor utama adalah Samsung C & T Korea Selatan yang juga membinaTaipei 101 dan Petronas Twin Tower....
:))



Generasiku

Baru-baru ini, ada satu topik perbualan antara saya dan rakan-rakan sekuliah membuatkan saya terdetik untuk menulis entri ini. Ceritanya mengenai zaman teknologi yang berkembang pesat kini menyaksikan kehidupan anak-anak kecil  tidak lagi menjadikan permainan zaman kanak-kanak menjadi topik perbualan yang hangat.

Sudah tidak pelik lagi jika kita dengar, budak berusia 3,4 tahun sudah diberi kebebasan dari ibu bapa mereka untuk menggunakan teknologi seperti Ipad. Ya, pendedahan awal teknologi kepada kanak-kanak dapat merangsang minda supaya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan mudah dalam mempelajari sesuatu, namun turut ada kesan negatifnya.

Antaranya ialah :

  • Kanak-kanak lebih cenderung untuk bersendirian dah tidak bersosial dengan masyarakat sekeliling.
  • Permainan video yang sering menjadi kegilaan kanak-kanak boleh menyebabkan obesiti kerana ketagihan bermain menyebabkan kanak-kanak kurang bergerak dan kebiasaannya mereka akan makan atau minum di tempat mereka bermain tanpa perlu bergerak aktif.




Pendedahan teknologi kepada kanak-kanak adalah perlu, namun ada batasnya dan ibu bapa perlu bijak mengawal dan tidak terlalu menurut permintaan anak-anak mereka.
Namun situasi ini sangatlah berbeza dengan zaman kanak-kanak saya dahulu. Hari-hari ada sahaja permainan baru yang diperkenalkan. Tenteng, batu seremban merupakan antara permainan yang popular pada zaman tersebut. Jika nak dibandingkan dengan kanak-kanak sekarang, memijak pasir diluar rumah pun belum tentu lagi, apatah lagi bermain permainan lasak seperti POLICE AND THIEVE

Walaupun adanya teknologi yang maju seperti permainan video ini semua, saya tetap berbangga dengan zaman kanak-kanak saya. 


Ini generasi saya, anda bagaimana ? :)







owh perokok...

Entri kali ini mungkin sudah biase didengar kan ? tapi TAHUKAH anda ?





Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250




MAKA 
Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar\\



Wednesday 25 April 2012

Rangkaian keganasan????...

Rangkaian keganasan????...

Apakah rangkaian keganasan?pastinya ramai tertanya2..
Adakah sesiapa sahaja yg boleh dipanggil sbg pengganas spt definisi  George W.Bush??

Oleh yg demikian,G.W Bush adalah orang yg b’tanggungjawab m’lahirkan isu rangkaian pengganas ini & juga menggelar umat Islam sbg pengganas..

Tetapi jika difikirkan,pengganas no.1 dunia iaitu Bush masih lg berada di Rumah Putih walhal Bush merupakan manusia penipu no.1 dunia yg mengakibatkn dunia berada di ambang perang dunia ketiga…
Beliau  bersama2 konconya;CIA dan  FBI telah mengkategorikan pertubuhan2 berikut yg kononnya ialah pengganas plg dikehendaki dunia..
  •  Abu Sayyaf Group (ASG)
  •  Jemmah Islamiya (JI)
  •  HAMAS (Islamic Resistance Movement)
  •  Al-Qaida
  •  Palestine Islamic Jihad (PIJ)
  •  Real IRA (RIRA)
  •  Lashkar-e-Tayyiba (LT)
  •  Sendero Luminoso (Shining Path or SL)
X termampu utk disenaraikan..masih byk lg organisasi di seluruh dunia dilabel oleh AS sbg rangkaian pengganas..

Peliknya,Bush tidak pernah sekali pon menyentuh mengenai pengganas yg t’dpt di AS..Presiden Cuba yg mmg t’kenal dgn kritikn pds terhdp Bush menyatakn lebih 20 pertubuhn pengganas berleluasa di AS sendiri..bak kata pepatah gajah di dpn mata xnmpk,kuman sebrg jln nmpk clear pulak..

Kalau diperhatikn betul2 ya..hampir semua pertubuhn berikut ialah kumpulan Islam..inilah yg dikatakn sikap ‘double standard’Amerika dan prejudisnya t’hdp Islam…

Insiden2 serangan Barat terhadap orang Islam

Ramai yg b’pndpt bahawa peristiwa srngn pd 11 September 2001 ke ats 2 buah bangunn berkmbr di WTC,New York  (911)  adlh titik mula bg membolehkn Barat mengganas k’ats umt Islam..

Tetapi,ia bknlah semata2 serangan blik pihak Barat k’ats  org Islam ttp lebih kpd melepaskn geram k’ats Negara Islam & penganut agama Islam…

Di sini ingin ada beberapa insiden serangan Barat keatas Org Islam dan juga Islam dan lain2 agama yg perlu kta tahu..


 


11)      Serangn AS k’atas Afghanistan

Para penganalisis juga mengatakan bahawa tujuan Amerika dan Barat menyerang Afghanistan adalah utk menguasai jln p’dagangan di Asia Tenggara &  juga menguasai minyak yg byk di kwsn itu..(Tuasin,h.,2001)

Askar2 AS yg mengambil bhgian dlm srngn k’ats Afghanistan itu tlh mnyebabkn ketidakstabilan k’atas bbrapa buah Negara t’masuklah Pakistan,India,Bangladesh,Singapura,Malaysia,Mesir,Nigeria,Sudan,Iraq,Iran dan beberapa buah negra yg lain lg…

Sehingga kini keadaan dim Afghanistan tidak tenteram dan sentiasa bermandi darah..
Sebelum ni,dunia d’gemparkn dgn kematian Osama b.Laden dlm srgn tentera elit As di bndr Abbotabad,Pakistan.Namun,penganalisis dunia masih blum m’dpt kesasihn dlm perkara ini..dan mungkin beliau msih hidup & masih b’sembunyi d tmpt yg selamat…

Disini juga,disertakan link memaparkn kekejamn AS yg mndpt perhtian umum…


22)      Konflik India-Pakistan(Kashmir)

Pakistan adalah Negara Islam berbentuk Republik.Beribukota di Isalamabad,negeri yg bersempadan dgn India ini mempunyai deretan sejarah perang berdarah.Bagaimana tidak???ratusan hingga puluhan ribu nyawa melayang demi ‘sepotong’ wilayah yg d’perebutkn..Perang pakistan dgn negara jirannya,India xdpt dielakkn…

Oleh itu..sedang menulis ini ingin mengulas ttg apa yg sbnrnya berlaku ttg “Perebutan Kashmir”..
 
Terctt pd 1947,prg ini meletus apabila India b’tindak mermps Kashmir.Walaupun pd 1948 PBB tlh meluluskn satu resolusi bhw perlu diadakan pungutan suara di Kashmir ttp India b’tindak ksr dan trus m’pertahn kn tindknnya..maka mrk memulkn perjuangan mndptkn kemerdekaan & berimpian menubuhkn kerajaan sendiri..namun,perjuangn mrk lgsg xm’dpt perhatian mana2 pihak…

Pelbagai peristiwa tragis berlaku..wanita muda Kashmir dirogol o’ tentera India,golongn emas dipukul dan ditembk mati…

Penduduk Kashmir majoritinya beragama Islam dan mrk m’perjuangkn pemerinthn Islam & m’persiapkn diri dgn senjata bg m’nentang pentadbiran sekular India..

Sjk 1991,50000 org penduduk Kashmir terbunuh dan ramai melarikn diri ke daerah lain…
    
Untuk pengetahuan para pembaca semua,terdpt lebih krg 8 insiden Barat k’atas org Islam..namun.dpt merungkaikn 2 insiden dahulu..dan selebihnya InsyaAllah.bolehla same2 kita ber’google’ ataupun ber’yahoo’…ye..:)






Tuesday 20 March 2012

Isu Semasa: Prinsip-Prinsip Dialog Peradaban


Kerjasama antara bangsa yang adil dan seimbang telah dimusnahkan oleh Amerika dan sekutunya apabila mereka melancarkan perang terhadap 'keganasan' dan 'pengganas' yang kononnya terdiri daripada orang Arab dan Islam.

Oleh sebab itu adalah penting untuk memperkukuhkan semula asas dan benteng kerjasama dan persefahaman dengan menekankan konsep dan beberapa prinsip (akan dinyatakan di bawah insya-Allah) dalam bidang pemikiran, penyiaran, budaya dan politik antarabangsa.

  • Menganggap bahawa perbezaan perundangan, agama, bangsa, budaya dan tamadun adalah suatu sunnatullah (cara dan ketetapan Allah). Ini adalah fenomena tabi'e bagi alam sejagat yang tidak dapat dipinda. Allah menegaskan hal ini dalam Surah Hud, ayat 118-119.

  • Persefahaman antara bangsa, kemajuan dan kemakmuran manusia banyak bergantung kepada sikap saling menghormati sistem nilai, akhlak yang berasaskan kepada keimanan, keadilan, menghormati prinsip undang-undang antarabangsa dan kuasa institusi bangsa-bangsa.

  • Adalah mustahak dan perlu dibatasi definisi, istilah atau konsep yang diguna pakai dalam kempen-kempen menentang keganasan yang ditunjukkan kepada Islam dan umat Islam.

  • Sewajarnya semua golongan cendikiawan dan bijak pandai dari pelbagai kelompok agama dan peradaban sepakat bahawa menyelesaikan punca dan sebab sesuatu permasalahan lebih wajar daripada menyelesaikan gejala yang timbul daripadanya.

  • Tidak boleh menyerang mana-mana negara yang berdaulat atas alasan untuk memerangi pengganas. Kedaulatan dan maruah sesebuah negara perlu diambil kira. Persepakatan antarabangsa melalui PBB perlu dalam menangani keganasan sejagat.

Jika dihayati prinsip-prinsip ini sepenuhnya, maka segala permasalahan yang kadang-kadang diistilahkan sebagai pertembungan peradaban akan dapat ditangani dengan baik sekali (Aslam, M.M., 2004).





~RozanaRozita

Sunday 18 March 2012

Takrif Tamadun Islam dan Sejarah


Definisi

Ibnu Khaldun: 

>Umran: Cenderung kepada makna perbandaran.
-Secara umumnya, tamadun Islam difahami sebagai segala kemajuan yang dicapai dalam ketiga-tiga bidang itu (kesenian, ilmu pengetahuan,dan peradaban) dan bahasa umat berkenaan (bahasa Arab dan al-Musta’robah) iaitu bahasa al-Quran atau bahasa Arab. Keadaan tersebut diwarisi daripada generasi kepada generasin yang laindengan berlaku penambahbaikan, peningkatan pencapaian atau perubahan.

>Hadharah: memfokuskan kebudayaan Islam.

>Madaniyyah: Merangkumi makna yang lebih hampir kepada kebudayaan (Wahbah Zuhayli). Ia merangkumi makna yang memenuhi  tuntutan fizikal, spiritual, ideologi dan moral.

>Civilization:  pencapaian manusia dalam bidang fizikal, spiritual, moral, dan bidang-bidang keperluan manusia yang lain. Istilah ini lebih populat dan diterima masyarakat umum.

Sifat tamadun Islam

1.       Kesejagatan (syumuliah)
-Asas-asas tamadun Islam sesuan pada setiap zaman dan tempat.

2.       Fleksibel
-Ia tidak bersifat rigid sehingga menafikan kebudayaan dari luar daripada meresapinya.

Ciri-ciri tamadun Islam

Prof Ahmad Shalaby:
1.       Budaya berfikir kea rah kemajuan pada eperkara-perkara positif (al-Thaqafah)
2.       Pencapaian dalam bidang ilmu yang memerlukan percubaan dan latihan amali (al-Madaniyyah)
3.       Gabungan pencapaian serentak dari segi budaya berfikir ke arah kemajuan dalam hal-hal kebaikan dan dan bidang ilmu yang memerlukan percubaan (al-Hadharah atau tamadun)

Pengkonstukturan Islam dalam fasa mencipta tamadun

1.       Sistem politik dan pentadbiran Islam
-berteraskan konsep tauhid kepada Allah.
-tiga prinsip utama: tauhid, risalah dan khilafah.

2.       Penambahbaikan Kurikulum Ekonomi Islam
-sebelum kedatangan Islam, keadaan ekonim masyarakat Arab Jahiliah berada dala keadaan kucar-kacir dan banyak berlaku penindasan dan penipuan.
-ciri-ciri asas prinsip ekonomi Islam:
·         Tetap
·         Tidak berubah pada mada dan tempat.
·         Tidak tertakluk kepada kemajuan ekonomi.
·         Perkembangan dalam masyarakat.

3.       Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Menurut Perspektif Islam
-Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan untuk membentuk manusia kepada keadaan yang lebih sempurna dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
-Surah al-‘Alaq ayat 1-5.

4.       Penambahbaikan Kurikulum dalam Konteks Kemasyarakatan
-Kedatangan Islam di Tanah arab mengubah struktur sosial masyarakat arab Jahiliah yang digambarkan liar, mereka melakukan aktiviti seharian seperti merompak, menumpahkan darah dan berperang antara satu sama lain.
-Rasulullah s.a.w menjalankan 3 usaha penting dalam membentuk serta mengukuhkan lagi masyarakat Islam di Madinah.
·         Mendirikan masjid
·         Mempersaudarakan kaun Muhajirin dan kaum Ansar
·         Membentuk perlembagaan (sahifah Madinah)

Konsep Jihad Menurut Islam

-Jihad dari sudut bahasa adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang diguna pakai dalam bahasa Melayu yang membawa maksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh ataupun boleh juga disebut sebagai gigih dan dedikasi.
-Ruang lingkup jihad mencakupi pelbagai lapangan seperti kemantapan ekonomi, kemantapan masyarakat dan perpaduan, kemantapan ketenteraan, kemantapan politik dan pemerintahan, dan kemantapan ICT.
-Jihad masa kini lebih menjurus kepada:
  •   Melawan musuh, dalam dan luar
  • Pendidikan, pembinaan kerohanian, menuntut ilmu dalam pelbagai lapangan yang digalakkan dan penguasaan teknologi.
  •  Ekonomi
  • Politik  dan pemerintahan
  •  Pembinaan masyarakat dan perpaduan
  • Ketenteraan dan persejataan
  • Penyebaran maklumat yang benar

-Jihad mempunyai peranan besar dalam pembangunan agama, bangsa dan Negara. Ia adalah satu perjuangan dan pengorbanan yang suci dlam Islam. Ia bukan sahaja berjuang melawan musuh dan mencakupi aspek peperangan semata-mata bahkan lebih luas lagi iaitu untuk memperkasakan Islam dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan manusia.