Friday 27 April 2012

Babylon suatu sejarah..



Ia adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara. Paling mengagumkan, bandar itu menghasilkan Taman Tergantung Babylon.
Bagaimanapun, pada hari ini, tiada yang tertinggal di tapak bandar bersejarah itu kecuali sangat sedikit...

Oleh itu,ingin sekali sy menyelami disebalik sejarah kota babylon itu..


Sejarah Pembuatan Taman Tergantung
Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai Iraq selatan.
Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.
Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua.
Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.
“Dongeng tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan pada festival tahun baru di Babylon.
Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan Tuhan Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi, Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.


Lakaran imej kota Babylon yg digambarkan oleh para sejarawan 

Seperti juga Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk permaisuri terkasihnya Mumtaz Mahal, taman bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah persembahan cinta.
Taman ini dibina Nebukadnezar II yang memerintah dari tahun 605-562 SM, dikhas bagi Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di pergunungan Persia (Iran).
Kemahuan Amytis besar diantara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon.
Babylon merupakan wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung halamannya.
Untuk mengobati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran tinggi. Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq.
Menurut sejarawan Yunani Diodorus Siculus, lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).
Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung.
Semenjak itulah taman tergantung, satu dari tujuh keajaiban dunia yang ada...:))

sumber:tulahan.blogspot.com



No comments:

Post a Comment