Thursday 26 April 2012

SELAMAT HARI HARTAL( 6 bulan lagi)


Assalamualaikum
Pada 20 Oktober, 64 tahun dahulu, rakyat negara ini telah bersatu merentas kaum, agama, kelas, kepercayaan, fahaman & ideologi untuk satu matlamat - menjalankan Hartal seluruh Malaya sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Federation 1946 ciptaan penjajah kolonial British, dan bagi menyatakan sokongan terhadap Perlembagaan Rakyat 1947 ke arah kemerdekaan tanahair. Dari Alor Setar ke Johor Bharu, dari Ipoh ke Kuantan, jalan-jalan lapang, kedai-kedai ditutup, kilang-kilang tergendala, kota dan pekan di seluruh tanahair telah terhenti. Perjuangan rakyat sebelum hari merdeka tiba.
Hari ini, kawan-kawan kita dapat lihat sejarah Hartal masih tidak diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia. Bahkan jika kamu tanya orang di sebelah kamu sekarang ini, apakah jawapannya? boleh kongsikan di sini jika mahu :)

Untuk itu, silalah tonton filem 10 Tahun Sebelum Merdeka untuk mengetahui sejarah Hari Hartal, hari perjuangan demokrasi rakyat:

http://www.vimeo.com/344899

No comments:

Post a Comment