Thursday 26 April 2012

Generasiku

Baru-baru ini, ada satu topik perbualan antara saya dan rakan-rakan sekuliah membuatkan saya terdetik untuk menulis entri ini. Ceritanya mengenai zaman teknologi yang berkembang pesat kini menyaksikan kehidupan anak-anak kecil  tidak lagi menjadikan permainan zaman kanak-kanak menjadi topik perbualan yang hangat.

Sudah tidak pelik lagi jika kita dengar, budak berusia 3,4 tahun sudah diberi kebebasan dari ibu bapa mereka untuk menggunakan teknologi seperti Ipad. Ya, pendedahan awal teknologi kepada kanak-kanak dapat merangsang minda supaya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan mudah dalam mempelajari sesuatu, namun turut ada kesan negatifnya.

Antaranya ialah :

  • Kanak-kanak lebih cenderung untuk bersendirian dah tidak bersosial dengan masyarakat sekeliling.
  • Permainan video yang sering menjadi kegilaan kanak-kanak boleh menyebabkan obesiti kerana ketagihan bermain menyebabkan kanak-kanak kurang bergerak dan kebiasaannya mereka akan makan atau minum di tempat mereka bermain tanpa perlu bergerak aktif.




Pendedahan teknologi kepada kanak-kanak adalah perlu, namun ada batasnya dan ibu bapa perlu bijak mengawal dan tidak terlalu menurut permintaan anak-anak mereka.
Namun situasi ini sangatlah berbeza dengan zaman kanak-kanak saya dahulu. Hari-hari ada sahaja permainan baru yang diperkenalkan. Tenteng, batu seremban merupakan antara permainan yang popular pada zaman tersebut. Jika nak dibandingkan dengan kanak-kanak sekarang, memijak pasir diluar rumah pun belum tentu lagi, apatah lagi bermain permainan lasak seperti POLICE AND THIEVE

Walaupun adanya teknologi yang maju seperti permainan video ini semua, saya tetap berbangga dengan zaman kanak-kanak saya. 


Ini generasi saya, anda bagaimana ? :)







No comments:

Post a Comment