Tuesday 20 March 2012

Isu Semasa: Prinsip-Prinsip Dialog Peradaban


Kerjasama antara bangsa yang adil dan seimbang telah dimusnahkan oleh Amerika dan sekutunya apabila mereka melancarkan perang terhadap 'keganasan' dan 'pengganas' yang kononnya terdiri daripada orang Arab dan Islam.

Oleh sebab itu adalah penting untuk memperkukuhkan semula asas dan benteng kerjasama dan persefahaman dengan menekankan konsep dan beberapa prinsip (akan dinyatakan di bawah insya-Allah) dalam bidang pemikiran, penyiaran, budaya dan politik antarabangsa.

  • Menganggap bahawa perbezaan perundangan, agama, bangsa, budaya dan tamadun adalah suatu sunnatullah (cara dan ketetapan Allah). Ini adalah fenomena tabi'e bagi alam sejagat yang tidak dapat dipinda. Allah menegaskan hal ini dalam Surah Hud, ayat 118-119.

  • Persefahaman antara bangsa, kemajuan dan kemakmuran manusia banyak bergantung kepada sikap saling menghormati sistem nilai, akhlak yang berasaskan kepada keimanan, keadilan, menghormati prinsip undang-undang antarabangsa dan kuasa institusi bangsa-bangsa.

  • Adalah mustahak dan perlu dibatasi definisi, istilah atau konsep yang diguna pakai dalam kempen-kempen menentang keganasan yang ditunjukkan kepada Islam dan umat Islam.

  • Sewajarnya semua golongan cendikiawan dan bijak pandai dari pelbagai kelompok agama dan peradaban sepakat bahawa menyelesaikan punca dan sebab sesuatu permasalahan lebih wajar daripada menyelesaikan gejala yang timbul daripadanya.

  • Tidak boleh menyerang mana-mana negara yang berdaulat atas alasan untuk memerangi pengganas. Kedaulatan dan maruah sesebuah negara perlu diambil kira. Persepakatan antarabangsa melalui PBB perlu dalam menangani keganasan sejagat.

Jika dihayati prinsip-prinsip ini sepenuhnya, maka segala permasalahan yang kadang-kadang diistilahkan sebagai pertembungan peradaban akan dapat ditangani dengan baik sekali (Aslam, M.M., 2004).





~RozanaRozita

Sunday 18 March 2012

Takrif Tamadun Islam dan Sejarah


Definisi

Ibnu Khaldun: 

>Umran: Cenderung kepada makna perbandaran.
-Secara umumnya, tamadun Islam difahami sebagai segala kemajuan yang dicapai dalam ketiga-tiga bidang itu (kesenian, ilmu pengetahuan,dan peradaban) dan bahasa umat berkenaan (bahasa Arab dan al-Musta’robah) iaitu bahasa al-Quran atau bahasa Arab. Keadaan tersebut diwarisi daripada generasi kepada generasin yang laindengan berlaku penambahbaikan, peningkatan pencapaian atau perubahan.

>Hadharah: memfokuskan kebudayaan Islam.

>Madaniyyah: Merangkumi makna yang lebih hampir kepada kebudayaan (Wahbah Zuhayli). Ia merangkumi makna yang memenuhi  tuntutan fizikal, spiritual, ideologi dan moral.

>Civilization:  pencapaian manusia dalam bidang fizikal, spiritual, moral, dan bidang-bidang keperluan manusia yang lain. Istilah ini lebih populat dan diterima masyarakat umum.

Sifat tamadun Islam

1.       Kesejagatan (syumuliah)
-Asas-asas tamadun Islam sesuan pada setiap zaman dan tempat.

2.       Fleksibel
-Ia tidak bersifat rigid sehingga menafikan kebudayaan dari luar daripada meresapinya.

Ciri-ciri tamadun Islam

Prof Ahmad Shalaby:
1.       Budaya berfikir kea rah kemajuan pada eperkara-perkara positif (al-Thaqafah)
2.       Pencapaian dalam bidang ilmu yang memerlukan percubaan dan latihan amali (al-Madaniyyah)
3.       Gabungan pencapaian serentak dari segi budaya berfikir ke arah kemajuan dalam hal-hal kebaikan dan dan bidang ilmu yang memerlukan percubaan (al-Hadharah atau tamadun)

Pengkonstukturan Islam dalam fasa mencipta tamadun

1.       Sistem politik dan pentadbiran Islam
-berteraskan konsep tauhid kepada Allah.
-tiga prinsip utama: tauhid, risalah dan khilafah.

2.       Penambahbaikan Kurikulum Ekonomi Islam
-sebelum kedatangan Islam, keadaan ekonim masyarakat Arab Jahiliah berada dala keadaan kucar-kacir dan banyak berlaku penindasan dan penipuan.
-ciri-ciri asas prinsip ekonomi Islam:
·         Tetap
·         Tidak berubah pada mada dan tempat.
·         Tidak tertakluk kepada kemajuan ekonomi.
·         Perkembangan dalam masyarakat.

3.       Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Menurut Perspektif Islam
-Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan untuk membentuk manusia kepada keadaan yang lebih sempurna dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
-Surah al-‘Alaq ayat 1-5.

4.       Penambahbaikan Kurikulum dalam Konteks Kemasyarakatan
-Kedatangan Islam di Tanah arab mengubah struktur sosial masyarakat arab Jahiliah yang digambarkan liar, mereka melakukan aktiviti seharian seperti merompak, menumpahkan darah dan berperang antara satu sama lain.
-Rasulullah s.a.w menjalankan 3 usaha penting dalam membentuk serta mengukuhkan lagi masyarakat Islam di Madinah.
·         Mendirikan masjid
·         Mempersaudarakan kaun Muhajirin dan kaum Ansar
·         Membentuk perlembagaan (sahifah Madinah)

Konsep Jihad Menurut Islam

-Jihad dari sudut bahasa adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang diguna pakai dalam bahasa Melayu yang membawa maksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh ataupun boleh juga disebut sebagai gigih dan dedikasi.
-Ruang lingkup jihad mencakupi pelbagai lapangan seperti kemantapan ekonomi, kemantapan masyarakat dan perpaduan, kemantapan ketenteraan, kemantapan politik dan pemerintahan, dan kemantapan ICT.
-Jihad masa kini lebih menjurus kepada:
  •   Melawan musuh, dalam dan luar
  • Pendidikan, pembinaan kerohanian, menuntut ilmu dalam pelbagai lapangan yang digalakkan dan penguasaan teknologi.
  •  Ekonomi
  • Politik  dan pemerintahan
  •  Pembinaan masyarakat dan perpaduan
  • Ketenteraan dan persejataan
  • Penyebaran maklumat yang benar

-Jihad mempunyai peranan besar dalam pembangunan agama, bangsa dan Negara. Ia adalah satu perjuangan dan pengorbanan yang suci dlam Islam. Ia bukan sahaja berjuang melawan musuh dan mencakupi aspek peperangan semata-mata bahkan lebih luas lagi iaitu untuk memperkasakan Islam dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan manusia.

Friday 16 March 2012

membaca itu antibiotik penyakit 'takut membuat revolusi'

Assalamualaikum w.b.t

untuk post kali ini, akan diselitkan sebuah buku yang pada pandangan yang sedang menulis ini, sebuah buku yang sangat best, memberi ruang untuk melihat kebenaran itu apa dan bagaimana bentuknya. Buku ini harganya RM 37.90, taklah murah, tapi satu pelaburan yang bijak, insyaAllah.

buku ini berkaitan dengan post ketiga, tajuk MELESTARIKAN KEMBALI DIALOG PERADABAN KEPADA AJARAN AGAMA. dalamnya ada diterangkan beberapa isu penting berkaitan Israel maka buku ini mungkin boleh dijadikan salah satu rujukan untuk mendalami isu ini dengan lebih mendalam, lengkap dengan sejarah dan fakta yang boleh dianalisa dengan lebih mendalam.

Ada 278 muka surat, mungkin kalau yang membaca itu sibuk orangnya, maka mungkin mengambil masa 3 hari untuk habiskan, kalau tak sibuk dengan rencana kehidupan, sehari pun boleh habis. Tapi, disarankan, ambillah masa seminggu untuk kaji buku ini. Persoalkan apa yang tertulis dalam buku ni, buat kajian sendiri, tanya orang, (tanya pakcik google pun boleh jugak, mak cik yahoo pun boleh jugak, terpulanglah). Maka hasilnya selepas baca buku ni + kajian sendiri tentang isu2 dalam buku ni = pemahaman tentang Israel itu sendiri.

Selain itu, sukacita diingatkan, banyakkanlah membaca, jadikan membaca satu ketagihan kerana membaca itu sebenarnya satu tabiat yang sangat baik.

berkenaan tajuk post ini,  kenapa dikatakan membaca itu antibiotik penyakit takut membuat revolusi/perubahan/anjakan atau yang sewaktu dengannya? kerana

melalui membaca minda yang melihat cahaya kalimantang itu selamanya putih akan melihat sebenarnya ada 7 warna disebaliknya
melalui membaca kita akan mengenal siapa wira dan siapa pengganas sebenarnya
melalui membaca kita akan melihat siapa kita, siapa generasi kita sebenarnya
melalui membaca penakut boleh menjadi pemberani
melalui membaca yang membenci boleh menjadi pencinta sejati

dan

melalui membaca, kita sebenarnya memanusiakan diri

p/s: manala tau kalau blog ni dapat sambutan, akan dibukukan pulak nanti, itu rancangan masa depan. apa-apa pun, bagi yang sedang menaip sekarang, menulis sebuah buku yang mampu membuatkan orang berfikir sememangnya salah satu impian hidup, perancangannya ada, cuma kesahihannya, nantikan sahaja. teruskan menyokong, terima kasih.

Thursday 15 March 2012

definisi globalisasi

v -1 proses utk meletakkn dunia di bwh 1 unit yg sama tanpa dibatasi o’ sempadan & kedudukan geografi sesebuah negara.

-Kemajuan teknologi tinggi spt pengangkutan & telekomunikasi.



v -Kamus Dewan – fenomena yg m’jdkn dunia mengecil dr segi p’hubungan manusia disebabkn kepantasan p’kembangan teknologi maklumat.

Melestarikan Dialog Peradaban Kembali kepada ajaran agama

 
-kebanyakan para pemimpin politik Amerika dipengaruhi o’ fahaman & pandangan politik zionisme dari kalangan gerakan fanatik Kristian.



 -Fahaman agama di wilayah2 A.S kebanyakan adlh agama Taurat & huraiannya disusun dlm model Ibrani.



 -O’ krn terpengaruh dgn dorongan zionis & individu Kristian,kerajaan A.S sanggup melihat berjuta2 rakyat Afghanistan m’jd pelarian,ramai wanita m’jd balu,ribuan kanak2 m’jd yatim piatu,bunuh ramai rakyat Afghanistan & musnahkn infrastruktur negara miskin Afghanistan.



 -Agama yg paling popular di dunia – Kristian Protestant ( White Anglo Sagon).

 - Para ulama Yahudi @ Rabbi berpendapat mereka lbh baik dr ulama Islam.



Perlu adanya Kuasa Penimbal



ü -Kejatuhan kuasa Kesatuan Soviet slps berakhirnya Perang Dingin pd dekad 90-an merupakan sebab lahirnya ketidakseimbangan dunia.



ü Kesatuan Soviet dipecahkan o’ A.S utk memastikan survival politik mereka tercapai – utk mewujudkn ‘’New American Century ‘’ dgn lbh mudah.



ü -Presiden Rusia (Vladimir Putin) pernah cadangkn spy Rusia muncul semula untk mengimbangi dunia yg semakin parah dgn kuasa tunggal A.S. & utk menghalang kesombongan A.S.



ü -A.S merupakan kuasa tunggal yg lbh byk mencipta konflik,peperangan,melahirkn kemiskinan & kebuluran sera sebarkn budaya yg x baik.



Dasar undang2 teologi Taurat



Ø -Setiap Kristian murni wajib meyakini kembalinya Isa al-Masih.



Ø -Adanya negara Israel & penguasaannya ke atas kota Quds merupakan isyarat yg menunjukkan akan kembalinya Al-Masih dlm waktu yg cepat.



Ø -Setiap sokongan moral & kebendaan bg Israel bkn bersifat sukarela @ atas alasan kemanusiaan & moral @ strategi ttp merupakn keputusan Ilahi.






v


Wednesday 14 March 2012

Definisi Dialog dan Peradaban

Assalamualaikum w.b.t

untuk mengkaji, perlu ada usaha
dan usaha pertama bermula dengan bertanya


Apakah itu dialog peradaban? Adakah sama seperti diskusi atau forum-forum yang dijadikan acara tahunan bagi menjana idea dalam melestarikan kesejagatan dan kesepakatan sesebuah pertubuhan?

Hashim Musa(sila ingat nama ini, gambar beliau kini terpapar di sebelah kiri skrin), dalam bukunya Merekonstruksi Tamadun Melayu, telah memberi penjelasan terhadap soalan cepu emas diatas, yakni sesebuah dialog peradaban itu haruslah, mestilah, perlulah dan wajarlah memiliki ciri-ciri di bawah:

1) Mesti bersetuju atas segala perbezaan. Tidak boleh bersikap relativisme, iaitu menganggap semua agama betul dan benar. Kena bersetuju dengan perbezaan agama dan worldwide masing-masing

2) Bukan untuk membuat penilaian atau dalam bahasa Inggerisnya- value judgement. Dialog bertujuan untuk memahami dan berdiskusi serta menghormati adat dan budaya orang lain.

3)Elakkan singkritisme, iaitu menyesuaikan agama lain dengan agama sendiri atau agama yang lain.

4) Bersikap pluralisme, masing-masing ada kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri.

Maka secara makroskopiknya, dialog peradaban bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku antara kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Pengalaman dan penerimaan daripada peradaban lain melalui proses dialog tamadun adalah proses yang biasa dalam sebuah ketamadunan.

Dalam post pertama, telah dinyatakan, sebagai manusia yang diberikan nikmat akal, maka kita haruslah menggunakannya untuk menilai apakah itu kebenaran dan apakah itu penyelewengan fakta. Hal ini demikian kerana, berlesenkan konsep pertembungan peradaban, (Hunthington, S., 2004), pihak Barat telah memburukkan imej, umat dan gerakan Islam dengan tuduhan-tuduhan palsu agar misi mereka untuk menyaksikan kemusnahan kebangkitan Islam tercapai, juga bagi melihat kejatuhan pembangunan negara-negara Islam. Islamophobia, penanaman fahaman inilah yang menjadi misi pihak Barat.

Para kapitalis yang ganas dan serakah sanggup menganiaya dan menindas manusia lain tanpa belas kasihan kerana mereka tidak melihat manusia sebagai manusia yang juga sama spesiesnya seperti mereka, tetapi sebagai alat untuk mencapai tujuan mereka.

Lantaran itu, umat Islam dan keseluruhan masyarakat yang mendokong prinsip kedamaian dan kemakmuran sememangnya perlu bangkit dan sedar, bahawa kondisinya kita kini dalam kehausan akan kehadiran dasar hidup yang tidak lagi menindas dan mempergunakan, tetapi lebih kepada prinsip hormat-menghormati dan bekerjasama membuang persepsi negatif ke atas sesuatu isu, dan mencuba mencari jalan penyelesaian.

Penjajahan sebenar bermula dalam minda yang tidak mahu mengetahui dan mengakui fakta sebenar.Maka dari meja pemerintah, kerjasama dalam mengembalikan semula keabsahan perundangan dan dasar keadilan harus diutamakan, dan ini perlu dilakukan dengan penuh kejujuran.Dari meja seorang insan, usaha untuk mengetahui kesahihan sesuatu isu haruslah dijalankan agar tidak tertipu dengan permainan media semata-mata, dan daripada sini kita dapat lihat betapa pentingnya dialog peradaban itu, yang menjadi ruang untuk menyelesaikan kekusutan atau salah faham atas sesuatu isu.


bersama kita membentuk sebuah warga dunia yang cintakan kebenaran dan ruang diskusi untuk lebih memahami!

sejarah itu permulaannya adalah keyakinan

Assalamualaikum w.b.t

buat post pertama, sekadar pengenalan dan ucapan terima kasih kepada anda yang tengah membaca. Bersedialah untuk melayari sebuah blog kisah Hang Titas, yakni dalamnya terdapat beberapa isu sebagai perkongsian, isu yang dikupas, isu yang dijelas, isu yang menjelas.

A Samad Said pernah mengatakan "Setiap yang benar betapa ditekan tetap menjalar, tanpa dibaja tetap mekar, tanpa udara pun kan tetap segar". Maka indikasinya di sini, sesuatu yang digelar sejarah itu, jika dibelek buku sejarah, akan terjumpa pelbagai definisi bagi memaknakan sebuah perkataan. Dan terpulang kepada pembaca memilih yang mana satu definisi yang berkenan di hati, tiada jawapan yang salah kerana pendefinisian itu bersifat abstrak, lain orang lain tafsirannya, maka raikanlah pandangan masing2( dalam konteks maksud sejarah bagi setiap insan)

bagi seorang yang gagal, sejarah mungkin bermaksud suntikan semangat
bagi seorang yang berjaya, sejarah mungkin bermaksud kisah indah yang ingin diulangi

Hakikatnya, tanpa dibelek buku teori yang tebal, kita sewajarnya memahami apa itu sejarah kerana manusia itu tidak akan wujud hari ini, tanpa ada sejarah yang mengiringi. Maka perhaluskan setiap fakta yang anda terima, tapi jangan percaya seratus peratus. Maksimakan akal yang diberikan untuk mempersoalkan kebenaran fakta yang dihidangkan, umpama hidangan makan malam, anda berhak memilih yang mana berkenan, begitu juga dari sudut sejarah, anda berhak memilih yang mana dikatakan sejarah dan yang mana yang dikatakan rekaan, tetapi asasnya mestilah ada ilmu yang kukuh dalam dada, ada kajian sebagai bukti bicara.

begitu juga hidangannya dalam blog ini, anda berhak memberi sebarang komen atau perkongsian berkenaan isu yang diutarakan, mari kita bersama-sama memulakan diskusi di sini kerana pencinta-pencinta sejarah yang tegar itu orangnya sentiasa bersemangat untuk melakukan anjakan kepada pemikiran orang sekelilingnya agar mengetahui sejarah itu apa dan bagaimana bentuknya.

selamat berkongsi, berdebat, berbahas, berbincang, belajar, memerhati, mendengar dan mengkaji

jika anda takut dan enggan mengenali apa itu sejarah,
anda sebenarnya sedang menulis sejarah,sejarah seorang pengulang kejatuhan ketamadunan.